Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Assistant Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Google Assistant merupakan Pembantu Maya Pintar yang dibangunkan oleh Google dalam usaha memudahkan tugasan pengguna, selain menawarkan “Google” peribadi untuk setiap orang. Google Assistant buat masa ini digunakan oleh lebih 100 juta pengguna seluruh dunia, dan Google hari ini mengatakan mereka juga turut dalam usaha membawa sokongan pembantu maya pintar ini ke semua 2 bilion peranti Android seluruh dunia.

Selain daripada itu, Google Assistant juga kini turut diumumkan untuk pengguna iPhone. Seperti pada Android, pengguna boleh bertanyakan pelbagai persoalan, selain turut mengintegrasikan ia bersama aplikasi Google lain pada iOS seperti menarik data daripada YouTube, GMail dan sebagainya. Namun, ia akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara – bermula daripada Amerika Syarikat.

Selain pengumuman penawaran untuk iPhone, Google turut mengumumkan yang mana Google Assistant akan menyokong lebih banyak bahasa menjelang penghujung tahun ini. Walaubagaimanapun, sedikit mendukacitakan kerana sokongan bahasa Malaysia untuk Google Assistant masih belum diumumkan lagi buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Assistant Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×