Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Garena Dijenamakan Semula Sebagai SEA

Garena, salah satu Syarikat internet dengan nilai yang tinggi di Asia Tenggara, kini telah menjenamakan semula syarikat mereka sebagai Sea Ltd. Dengan perubahan ini, ia dilihat syarikat internet ini akan lebih memfokuskan kepada Rantau Asia Tenggara berbanding sebelum ini.

Syarikat yang berusia selama 8 tahun ini telah Menerima Suntikan Dana daripada pelbagai syarikat, termasuk Tencent dan juga Khazanah.

SEA sedia mempunyai penawaran dalam arena pembelian atas-talian dan juga permainan. Dengan persaingan di rantau ini semakin meningkat dari hari ke hari, SEA turut tidak ingin ketinggalan. Selain daripada itu, mereka juga ingin memfokuskan ke pasaran Indonesia – yang mana dilihat tidak disertai ramai syarikat lain.

Buat masa ini, di rantau Asia Tenggara, Alibaba sedia membuat pelaburan tinggi termasuk melalui Lazada – sementara JD dikatakan ingin membuat pelaburan pada Tokopedia di Indonesia.

Bersama perubahan nama baru, Sea turut menerima suntikan dana $550 juta – yang akan digunakan untuk mempromosikan Shopee di Indonesia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Garena Dijenamakan Semula Sebagai SEA

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×