Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Dilaporkan Menduduki Tangga Utama Dalam Angka Pengeluaran Peranti Boleh-Pakai

Strategy Analytics terkini telah mengeluarkan angka untuk peranti boleh-pakai bagi suku pertama tahun 2017. Melalui angka yang dikeluarkan, Apple dilihat Menduduki Tangga Utama pengeluaran tertinggi melalui penawaran Apple Watch mereka.

Menurut laporan penganalisa yang dikeluarkan, Apple Watch dikatakan telah dikeluarkan sekitar 3.5 Juta unit pada suku pertama 2017, dan diikuti oleh Xiaomi pada tangga kedua dengan 3.4 juta unit. Walaupun angka tersebut tidak jauh beza, namun jikalau dilihat daripada trend jualan, angka peranti yang dikeluarkan oleh Xiaomi dilihat berkurangan dari tahun 2016 lepas (dari 3.8 juta unit kepada 3.4 juta unit), berbanding dengan Apple Watch yang meningkat (dari 2.2 juta unit kepada 3.5 juta unit).

Pengeluar peranti popular, Fitbit pula menduduki tangga ketiga dengan pengeluaran sekitar 2.9 juta unit untuk tempoh yang sama.

Seperti biasa, angka yang dikeluarkan ini adalah daripada pihak penganalisa Strategy Analytics dan bukannya angka pengeluaran rasmi. Apa pun, secara kasar ia boleh dikatakan Apple telah mula mendahului dalam segmen ini – apatah lagi dengan Fitbit yang sedikit lambat dalam pengeluaran jam tangan pintar mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan jam tangan pintar atau sebarang peranti boleh-pakai? Jika ya, apakah jenama yang digunakan anda?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Dilaporkan Menduduki Tangga Utama Dalam Angka Pengeluaran Peranti Boleh-Pakai

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×