Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Chrome Kelak Akan Memberikan Amaran Apabila Anda Membuat Input Pada Laman Web Tanpa HTTPS

Google Chrome sedia menambah label khusus yang menandakan sesuatu laman web berkenaan tidak selamat sekiranya mempunyai input kata laluan tetapi tidak menggunakan sokongan penyulitan Https. Kini, dalam usaha memperluaskan lagi penggunaan HTTPS di web, Google Chrome 62 akan turut melabelkan sebarang web yang mempunyai input data – atau dalam erti kata lain memerlukan anda menaip sesuatu – sebagai tidak selamat sekiranya tidak mempunyai sokongan HTTPS.

Bagi pembangun web, anda masih mempunyai tempoh yang lama untuk membuat peralihan ke HTTPS. Ini kerana, ciri ini akan hadir pada Chrome 62 yang dijadualkan pada bulan Oktober kelak.

Selain perubahan berkenaan, ketika menggunakan mod Incognito, ia akan melabelkan semua laman tanpa HTTPS sebagai “Not Secure” atau tidak selamat.

Perubahan ini dijangka akan menambah baik lagi kadar sekuriti dan penyulitan data di arena internet – apatah lagi dengan Chrome yang kini menjadi antara pelayar web yang digunakan secara meluas bukan sahaja pada desktop, tetapi juga pada peranti mudah-alih.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Chrome Kelak Akan Memberikan Amaran Apabila Anda Membuat Input Pada Laman Web Tanpa HTTPS

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×