Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Taman Tema Memfokuskan Realiti-Maya Bakal Dibuka Di Damansara Pada Awal 2018

Arena realiti-maya sedia menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan kini, sebuah syarikat yang dinamakan sebagai US VR Global dilihat ingin membuka Taman Tema reality-maya pada suku pertama 2018 kelak di Malaysia.

Taman tema ini bakal dinamakan sebagai Hero Central Park, dan akan terletak di Empire City, Damansara Shopping Mall, Selangor. Taman Tema Ini bakal mengambil keluasan tapak 170,000 kaki persegi, serta mengabungkan penggunaan realiti-maya dan AR di dalamnya.

Info penuh mengenai taman tema ini masih samar-samar buat masa ini. Tetapi, menurut syarikat disebaliknya, mereka mengatakan mempunyai kerjasama dengan sejumlah syarikat kandungan dan juga pembangun memfokuskan realiti-maya.

Kita mungkin akan melihat dan mendapat info penuh mengenai penawaran taman tema ini pada awal 2018 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Taman Tema Memfokuskan Realiti-Maya Bakal Dibuka Di Damansara Pada Awal 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×