Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan Fon Telinga Tanpa Wayar Google Tertiris (Dikemaskini)

Google bermula sebagai syarikat perisian dan sudah berubah menjadi syarikat yang menghasilkan perkakasan. Google mungkin akan menghasilkan Fon Kepala pula di masa hadapan untuk peranti Pixel mereka. Rekaan untuk fon kepala tanpa wayar mereka tertiris menerusi pemfailan kepada FCC di Amerika Syarikat.

Fon telinga BlueTooth ini mempunyai logo Google yang tertera dengan terang. Beberapa butang kawalan juga terletak pada bahagian sisi bersama dengan port pengecasan MikroUSB. Bagi yang memerlukan sambungan berwayar, terdapat bicu audio 3.5mm. Sebuah bateri sebesar 600 mAh digunakan bagi memberikan tempoh penggunaan sehingga 25 jam.

Dikemaskini – Nampaknya ini ialah fon kepala yang diberikan oleh Google kepada kakitangan mereka. Fon kepala sedia ada sudah agak berusia dan ini ialah rekaan terkini. Ia berkemungkinan besar tidak akan dijual kepada orang ramai



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan Fon Telinga Tanpa Wayar Google Tertiris (Dikemaskini)

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×