Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kamera Pakai Buang Lomography Simple Use Dilancarkan

Kamera Pakai Buang pernah kami gunakan semasa di sekolah rendah hampir 30 tahun yang lalu. Ia dibelikan oleh ayah kerana kamera kompak milik keluarga terlalu mahal untuk digunakan oleh seorang budah sekolah rendah untuk program melawat sambil belajar. Penggunaan Kamera Pakai Buang sudah hampir pupus kerana wujudnya telefon pintar. Tetapi Lomomography mahu menghidupkannya semula dengan melancarkan Simple Use.

Kamera ini hadir dalam tiga versi iaitu filem hitam putih, filem negatif warna biru dan LomoChrome Purple. Ketiga-tiga kamera dilengkapi lensa 31mm f/9.0. Flash yang disertakan hadir dengan beberapa filter terbina bagi menghasilkan gambar yang lebih artistik. Lomography berharap dengan menghasilkan produk ini, kamera pakai buang akan kembali popular.

Lomogrpahy Simple Use dijual pada harga $53 (RM233) untuk pek tiga kamera. Walaupun direka untuk pakai buang, pihak Lomography tetap memberikan manual untuk memasukkan filem gantian kepada pengguna.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kamera Pakai Buang Lomography Simple Use Dilancarkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×