Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SSM Bakal Hadir Dengan Logo “E-Biz Trust” – Tingkat Keyakinan Ketika Membeli Atas-Talian

Tahun ini, kerajaan sedia memfokuskan kepada ekonomi digital di Malaysia, termasuk telah mengumumkan Digital Free Trade Zone sebelum ini. Kini, dalam usaha untuk lebih mengalakkan dan menyakinkan Pengguna, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam proses untuk memperkenalkan sebuah Logo khusus yang dinamakan “E-Biz Trust”.

Melalui logo ini, ia kelak akan ditawarkan untuk perniagaan atas-talian yang berdaftar, dan logo berkenaan boleh dipasang pada laman e-dagang terlibat. Pengguna dan pembeli seterusnya boleh klik terus pada logo berkenaan yang akan membawa kepada maklumat berdaftar perniagaan berkenaan – sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli melalui sesuatu lama berkenaan.

Dengan perkembangan arena e-dagang di Malaysia, semestinya langkah ini oleh SSM akan dipuji pengguna.

SSM dijangka akan memperkenalkan logo “E-Biz Trust” ini sekitar bulan Mei kelak. Mungkin kita akan mendengar mengenai bagaimana pemilik perniagaan boleh mendaftar mendapatkannya selepas ia dilancarkan secara rasmi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

SSM Bakal Hadir Dengan Logo “E-Biz Trust” – Tingkat Keyakinan Ketika Membeli Atas-Talian

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×