Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Telegram Mula Memperkenalkan Sokongan Panggilan Suara

Telegram sebelum ini sedia menguji sokongan Sokongan Panggilan Suara pada aplikasi mereka, dan hari ini Telegram secara rasminya mengumumkan sokongan panggilan tersebut kepada semua pengguna secara berperingkat – bermula daripada Eropah.

Telegram mengatakan sokongan Panggilan Suara Ini membawakan fungsi penyulitan penuh – sekaligus mengelak daripada pihak ketiga mencuri dengar perbualan anda. Secara kasar, fungsi panggilan suara ini berfungsi lebih kurang sama dengan WhatsApp. Walaubagaimanapun, tiada tab khusus ditawarkan untuk panggilan suara, sebaliknya ikon panggilan dipaparkan pada buku alamat.

Telegram mengatakan ia turut dilengkapi sokongan kecerdasan buatan dalam mengoptimasikan kualiti panggilan antara pengguna. Selain itu, Telegram turut menawarkan ciri untuk mengawal siapa yang boleh buat panggilan kepada anda, dan siapa sebaliknya.

Ciri panggilan suara ini diperkenalkan secara berperingkat bermula daripada Eropah, dan mungkin akan hadir kepada pengguna lain dalam beberapa minggu atau bulan lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Telegram Mula Memperkenalkan Sokongan Panggilan Suara

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×