Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

(Ura-Ura) Telekom Malaysia Dan Axiata Group Mungkin Bergabung Menjadi Satu Syarikat

Telekom Malaysia merupakan Syarikat Telekomunikasi Terbesar di Malaysia, dan kini hadir desas-desus mengatakan ia mungkin bergabung bersama Axiata Group Bhd dalam membentuk syarikat yang kukuh dan menawarkan pelbagai perkhidmatan secara menyeluruh.

Untuk makluman, Axiata Group adalah syarikat disebalik Celcom, dan beberapa syarikat lain. Celcom merupakan antara syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, dan ia menyumbang kepada majoriti besar pendapatan Axiata Group.

Sekiranya kedua-dua gergasi telekomunikasi ini bersatu, ia akan membolehkan mereka membentuk syarikat telekomunikasi yang sangat kukuh dan besar di Malaysia. Selain daripada itu, ia juga akan memberikan akses kepada pelbagai negara membangun yang lain dimana Axiata berfungsi.

Desas-desus ini juga hadir selari dengan beberapa laporan mengatakan Datuk Seri Shazalli Ramly yang sebelum ini mengetuai Celcom Axiata Bhd mungkin menjadi CEO untuk Telekom Malaysia.

Telekom Malaysia sendiri sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak Celcom untuk mengukuhkan liputan untuk Webe. Ia masih menjadi tanda tanya, apakah akan berlaku kepada Webe sekiranya penyatuan TM dan Axiata ini berlaku – memandangkan semestinya Celcom akan kekal seperti biasa, sementara Webe akan dilihat sebagai pesaing dengan penawaran yang lebih kurang sama pada syarikat sama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perancangan pihak TM dan Axiata – sekiranya laporan ini benar. Untuk makluman, sebelum ini pihak TheStar juga menjadi yang terawal melaporkan mengenai pengambil-alihan P1 oleh Telekom Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

(Ura-Ura) Telekom Malaysia Dan Axiata Group Mungkin Bergabung Menjadi Satu Syarikat

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×