Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Spotify Dan Waze Mengumumkan Kerjasama Integrasi Di Antara Kedua-Dua Aplikasi

Dua Aplikasi utama yang saya sering gunakan sewaktu memandu adalah Spotify dan Waze. Walaupun sistem operasi Android memudahkan penggunanya untuk bertukar aplikasi menggunakan satu jari, kini ada cara lebih mudah untuk anda menggunakan kedua-dua aplikasi ini pada masa yang sama.

Waze dan Spotify baru sahaja mengumumkan kerjasama dan dalam masa beberapa minggu nanti, anda boleh menggunakan kedua-dua aplikasi ini dengan hanya perlu membuka salah satu daripada dua aplikasi sahaja.

Dengan kata lain, jika anda menggunakan aplikasi Spotify, anda boleh mengakses peta Waze, manakala jika anda menggunakan aplikasi Waze, anda boleh menatal playlist Spotify anda dengan mudah.

Untuk keselamatan, apabila peranti anda mengesan anda sedang bergerak, ciri penatalan aplikasi ini akan dihentikan. Anda boleh mengakses semula ciri ini apabila kenderaan anda berhenti sepenuhnya.

Bagi mereka yang sentiasa keluar memandu, kami pasti ciri aplikasi dua dalam satu ini adalah sangat dialu-alukan, kerana ia memudahkan penggunaan dua aplikasi ini dengan jalan penyelesaian yang sangat berkesan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Spotify Dan Waze Mengumumkan Kerjasama Integrasi Di Antara Kedua-Dua Aplikasi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×