Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MSI Mengumumkan Komputer Riba Edisi Terhad MSI GE62 Camo Squad Untuk Pasaran Malaysia

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa MSI bakal melancarkan siri produk edisi terhad Camo Squad yang terdiri daripada Komputer Riba, papan induk dan juga kad grafik berdasarkan permainan video Ghost Recon Wildlands.

Hari ini, syarikat tersebut mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan komputer riba edisi terhad MSI GE62 Camo Squad yang hadir dengan camo skin berwarna coklat untuk pasaran tempatan.

Komputer riba GE62 Camo Squad Ini mempunyai paparan skrin bersaiz 15.6 inci beresolusi HD penuh(1920×1080), diperkasakan pemproses Intel Core i7-7700HQ dengan RAM sebanyak 16GB dan juga storan SSD sebesar 256GB.

MSI juga menyertakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB untuk menggerakkan grafik komputer riba ini dan membolehkannya bermain apa sahaja permainan video pada resolusi HD penuh pada tetapan yang tinggi.

Komputer riba MSI GE62 Camo Squad ini dijual secara eksklusif di 11street pada harga RM7699 bermula hari ini. Setiap pembelian komputer riba ini juga turut hadir dengan satu unit permainan video Ghost Recon Wildlands dan juga Season Pass permainan tersebut, termasuk aksesori seperti beg galas, pad tetikus, botol air dan dogtag dengan rekaan camo.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

MSI Mengumumkan Komputer Riba Edisi Terhad MSI GE62 Camo Squad Untuk Pasaran Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×