Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Motherbox – Sistem Pengecasan Tanpa Wayar Sebenar

Sistem Pengecasan Tanpa Wayar di pasaran sekarang masih memerlukan sentuhan fizikal diantara peranti dan pad pengecasan. Format pengecasan Qi ini digunakan pada peranti seperti Samsung Galaxy S7 Edge dan Microsoft Lumia 950 XL. Ini membuatkan peranti tidak boleh digunakan ketika dicas. Sistem pengecasan Motherbox yang dibangunkan oleh Arrow Electronic cuba membawakan perubahan di dalam dunia pengecasan peranti.

Motherbox ialah Sistem Pengecasan Tanpa wayar sebenar. Peranti yang menggunakan sistem Motherbox masih boleh dicas selagi ia didalam rangkuman Motherbox. Kuasa elektrik dihantar secara tanpa wayar kepada aksesori khas yang disambung pada peranti yang ingin dicas. Ini sama seperti sistem pengecasan tanpa wayar yang diuar-uarkan bakal digunakan pada model terkini iPhone tahun ini. Terdapat juga Motherbox Mini yang berfungsi sebagai powerbank  7000 mAh tanpa wayar.

Motherbox menyokong pelbagai peranti Android dan iOS. Pengguna hanya perlu memasang plat khas yang diberikan untuk mengecas tanpa wayar. Sistem pengecasan yang inovatif ini sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh ditempah pada harga bermula $79 (~RM 352).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Motherbox – Sistem Pengecasan Tanpa Wayar Sebenar

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×