Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ekranoplan Generasi Baru Sedang Dibangunkan Untuk Membawa 500 Tan Kargo

“Raksasa Laut Kaspia” ialah gelaran yang diberikan kepada kenderaan kesan bumi (ground effect vehicle) yang dibangunkan secara rahsia oleh kerajaan Kesatuan Soviet pada dekad 60an. Kenderaan yang lebih popular dengan gelaran ekranoplan ini muncul di dalam permainan Metal Gear Solid 3. Kesatuan Soviet membangunkan ekranoplan sebagai kenderaan melancar roket yang sukar dikesan radar yang bergerak sepantas kapal terbang tetapi hanya terapung beberapa meter di atas permukaan laut.

Pembangunan ekranoplan terhenti kerana teknologi misil serta roket yang mampu terbang lebih jauh serta tepat tanpa memerlukan kenderaan khas dari laut. Central AeroHydrodynamic Institute di Russia kini sedang membangunkan ekranoplan generasi baru sebagai kenderaan yang mampu membawa sehingga 500 tan kargo. Ia mampu terbang sehingga 12 meter dari permukaan tanah, laut dan ais.

Kargo diletakkan di dalam “sayap” gergasi ekranoplan. Bahan api cecair gas asli akan digunakan kerana lebih mesra alam dan membakar dengan lebih baik berbanding bahan api pesawat konvensional. Pembangunan masih di tahap prototaip skala kecil tanpa sebarang tarikh bilakah ekranoplan sebenar akan dibina buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Ekranoplan Generasi Baru Sedang Dibangunkan Untuk Membawa 500 Tan Kargo

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×