Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Emoji Angpau, Kuih Bulan Dan Mercun Mungkin Hadir Seawal 2018

Pada hari ini, Emoji telah menjadi salah satu medium komunikasi yang digunakan secara meluas dalam permesejan menggunakan telefon pintar. Pelbagai jenis emoji disediakan dan mempunyai piawaian tersendiri dalam memudahkan ia ditambah pada pelbagai platform.

Terkini, Unicode telah menerima cadangan Beberapa Emoji Baru yang dijangka akan disertakan pada kemaskini emoji 2018 kelak sekiranya ia menerima persetujuan komuniti.

Antara emoji baru yang dicadangkan adalah termasuk emoji angpau, emoji kuih bulan, dan juga emoji mercun. Untuk makluman, bentuk emoji-emoji ini sedia digunakan pada pelbagai aplikasi dari China, tetapi dengan penyertaan ia dalam Unicode, ia bakal menjadi piawaian yang digunakan meluas oleh semua pihak – termasuk pada web.

Sekiranya cadangan ini diterima, maka kita akan melihat emoji-emoji baru ini disertakan pada pertengahan 2018 kelak. Untuk tahun ini sendiri, beberapa emoji baru dijangka disertakan, termasuk emoji wanita bertudung dan tangan berdoa.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Emoji Angpau, Kuih Bulan Dan Mercun Mungkin Hadir Seawal 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×