Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Spesifikasi Terkini Pemproses Exynos 8895 Tertiris – Hadir Dalam Dua Versi

Samsung Galaxy S8 yang mungkin hanya dilancarkan April hadapan akan diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 835 dan Exynos 8895. Ini ialah sama seperti yang dilakukan pada Galaxy S7 tahun ini. Pelbagai maklumat mengenai Snapdragon 835 telah dikongsikan dan lebih banyak lagi akan didedahkan di CES 2017. Maklumat mengenai Exynos 8895 jarang sekali didengari dan hari ini sebahagiannya akhirnya tertiris.

Dua versi akan dihasilkan iaitu Exynos 8895M dan Exynos 8895V. Kedua-duanya akan menggunakan teknologi finFET 10 nm. Exynos 8895M akan mempunyai empat teras cip Exynos M2 pada kelajuan 2.5 GHz dan empat lagi teras cip Cortex A53 pada kelajuan 1.7 GHz. Exynos 8895V pula mempunyai empat teras cip Exynos M2 pada kelajuan 2.3 GHz dan empat lagi teras cip Cortex A53 pada kelajuan 1.7 GHz.

Cip grafik Mali-G71 20 teras digunakan pada Exynos 8895M dan 18 teras pada Exynos 8895V. Dengan kemampuan grafik yang tinggi, peranti yang menggunakan kedua-dua pemproses ini akan menyokong kandungan 4K dengan lebih lancar.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Spesifikasi Terkini Pemproses Exynos 8895 Tertiris – Hadir Dalam Dua Versi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×