Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Mengasingkan Bahagian Projek Kereta Autonomi Kepada Syarikat Tersendiri Dinamakan Waymo

Alphabet Inc (syarikat utama disebalik Google) hari ini mengasingkan projek kereta autonomi mereka kepada sebuah perniagaan dan syarikat tersendiri dinamakan Waymo, sekaligus membolehkan mereka lebih memfokuskan dalam mengubah industri pengangkutan.

Google sendiri sebelum ini telah membangunkan teknologi kereta autonomi mereka selama lebih 6 tahun, dan ia dibangunkan sebagai sebahagian daripada makmal kajian Google X. Waymo terhasil daripada fasa kajian kepada syarikatnya tersendiri – yang mana kini milik penuh Alphabet.

Projek kenderaan autonomi ini sendiri telah melalui perubahan pengurusan beberapa kali, apatah lagi dengan pengeluar kenderaan yang memulakan projek sistem autonomi mereka, termasuk syarikat lain seperti Uber dan Tesla.

Waymo sendiri dikatakan merancang untuk memulakan perkhidmatan perkongsian pemanduan seperti Uber menjelang penghujung 2017 kelak, dan ia dijangka dijayakan dengan bekerjasama bersama Fiat Chrysler.

Langkah seterusnya untuk Waymo adalah termasuk untuk membolehkan pengguna menggunakan kenderaan mereka untuk tugasan harian, seperti berulang-alik ke pejabat, berjalan-jalan, dan sebagainya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Mengasingkan Bahagian Projek Kereta Autonomi Kepada Syarikat Tersendiri Dinamakan Waymo

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×