Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Memfailkan Paten Untuk Dron Berbentuk UFO

Peranti pintar, kereta kebal, kenderaan panduan automatik, komputer desktop dan alatan audio visual ialah antara produk yang dihasilkan oleh Samsung. Syarikat gergasi Korea Selatan ini mungkin akan memasuki arena penghasilan Dron pula. Mereka memfailkan paten untuk sebuah dron berbentuk seperti UFO April lalu. Maklumat mengenai paten ini hanya diketahui selepas dokumen rasmi di pejabat paten Korea Selatan.

Tidak Seperti Dron biasa, dron ini hanya mempunyai sebuah kipas besar pada bahagian tengah. Tubuh dron pula diperbuat daripada bahan resin sintetik dan logam. Seperti dron komersial buatan DJI dan GoPro, dron UFO ini turut dilengkapi dengan sistem kamera. Memandangkan paten baru sahaja difailkan, kebarangkalian ia akan dihasilkan dalam masa terdekat adalah rendah. Sebelum ini Samsung pernah juga menghasilkan pendingin hawa berbentuk seakan UFO.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Memfailkan Paten Untuk Dron Berbentuk UFO

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×