Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Gear S2 Dikemas Kini Bagi Membawakan Fungsi Baru Gear S3

Biasanya apabila produk Baru dikeluarkan ia memperkenalkan Beberapa Fungsi Baru. Fungsi-fungsi ini kemudian eksklusif hanya kepada peranti baru untuk masa yang lama. Ini dapat dilihat pada Google Pixel yang tidak akan memberikan fungsi Google Assistant kepada peranti Nexus. Oleh itu apa yang dilakukan Samsung hari ini adalah agak mengejutkan.

Perisian untuk jam tangan Samsung Gear S2 diberikan kemas kini dengan beberapa fungsi baru yang ditemui pada Gear S3. Muka jam baru Gear S3 boleh digunakan pada S2  berserta fungsi alti barometer. Sistem kecemasan SOS untuk situasi kecemasan juga kini wujud pada model tahun lalu.

Selain itu sokongan melakar skrin untuk melukis kandungan teks, pengesan senaman S Health yang dipertingkat dan sokongan widget lebih meluas. Samsung Gear S3 mula dijual di Malaysia minggu ini kemunculan fungsi barunya pada model lama ini pastinya membuatkan pemilik Gear S2 berfikir dua kali untuk membeli model baru. Bagi pemilik Gear S2, kemas kini boleh dimuat turun menerusi aplikasi Galaxy Apps.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Gear S2 Dikemas Kini Bagi Membawakan Fungsi Baru Gear S3

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×