Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Seagate Duet – Cakera Keras Luaran Yang Hadir Dengan Sokongan Membuat Salinan Pendua Ke Amazon

Seagate, nama yang tidak asing lagi dalam arena storan, kini telah bekerjasama dengan pihak Amazon dan memperkenalkan sebuah Cakera Keras Luaran baru dinamakan sebagai Seagate Duet. Membezakannya berbanding pelbagai cakera keras luaran lain di pasaran adalah integrasi ia bersama storan awan, memastikan kandungan pengguna sentiasa selamat.

Seagate Duet hadir dengan sokongan Amazon Drive, dimana pelbagai data anda akan dibuat salinannya ke storan awan Amazon. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu menghubungkan cakera keras luaran ini ke komputer, dan seterusnya daftar masuk akaun Amazon.

Untuk pengguna baru yang mendapatkan cakera keras ini, mereka akan turut menerima storan tanpa had percuma apabila membelinya.

Buat masa ini, Seagate hanya akan memasarkan ia di Amerika Syarikat sahaja, dan ditawarkan pada harga $99 (~RM245) untuk 1TB.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Seagate Duet – Cakera Keras Luaran Yang Hadir Dengan Sokongan Membuat Salinan Pendua Ke Amazon

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×