Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Maxis Menawarkan Huawei P9, Oppo F1s Dan Yang Lain Pada Harga RM 1 Menerusi Power Of One

Pada suku terakhir tahun ini kita bakal menyaksikan pelbagai peranti hadir ke pasaran. Bagi peranti yang telah hadir sewaktu suku ketiga tahun ini, terdapat pelbagai promosi menarik dan salah satunya adalah Maxis yang menawarkan peranti 4G pada harga RM 1 menerusi promosi Power of One.

Peranti-peranti yang ditawarkan pada harga RM 1 ini termasuklah Huawei P9, Huawei P9 Lite, Oppo F1s, Samsung Galaxy J7, Honor 5X dan pelbagai lagi. Ia ditawarkan kepada pengguna MaxisONE dan menariknya ia turut ditawarkan kepada pengguna yang baru Mendaftar Pelan Tersebut dengan kontrak selama 24 bulan yang bermula pada harga RM 98 sebulan. Tawaran ini juga tertakluk kepada pilihan pelan langganan, seperti contoh Huawei P9 hanya dapat dimiliki pada harga RM1 jika pengguna Melanggan Pelan Maxisone pada harga RM 188.

Malah, promosi Power of One ini juga tidak terhad kepada telefon pintar. Anda Boleh Mendapatkan Peranti Maxis 4G Pocket Wifi dan mendapatkan rebat RM30 untuk pelan yang anda langgan. Jika anda melanggan pelan MaxisONE Home, anda boleh mendapatkan peranti Chromecast pada harga RM 1.

Bagi mendaftar pelan MaxisONE dan mendapatkan peranti-peranti menarik, anda boleh hadir ke cawangan Maxis berhampiran atau mendaftar pelan tersebut secara atas talian.

Daftar: Maxis Power of One



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Maxis Menawarkan Huawei P9, Oppo F1s Dan Yang Lain Pada Harga RM 1 Menerusi Power Of One

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×