Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sistem Kawalan Trafik Peranti Berhubung Cyberjaya Mengurangkan Kesesakan Trafik Sehingga 65 Peratus

Sistem kawalan trafik pintar menggunakan teknologi Peranti Berhubung (IoT) diumumkan Februari lalu. Ia mula diuji sejak Julai dan telah berjaya mengurangkan trafik di Persiaran Multimedia sehingga 65% ketika waktu puncak. Cyberjaya Smart Traffic Analytics and Recognition System (CSTARS) dibangunkan oleh Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasam VAD Lyfe ini menggunakan sepenuhnya teknologi buatan tempatan.

CSTARS menganalisa video dari CCTV di lapan persimpangan sepanjang Persiaran Multimedia. Kesemuanya disambungkan di antara satu sama lain menggunakan Teknologi Peranti Berhubung. Ia kemudian mengubah tempoh waktu pertukaran lampu isyarat secara langsung mengikut kesesakan trafik. Perjalanan yang dahulunya mengambil masa 35 minit berjaya dikurangkan ke sekitar 11 minit iaitu pengurangan sehingga 65 peratus. Kelebihan lain sistem peranti berhubung ini ialah kerosakan lampu isyarat dapat dikesan dengan lebih pantas. Kesesakan akibat kerosakan lampu turut dapat dikurangkan kerana sistem yang reaktif terhadap situasi semasa.

Pihak Cyberview Sdn Bhd kini merancang untuk mengembangkan penggunaan CSTARS ke Persiaran Apec pula namun masih belum boleh berkongsi bilakah ia akan dilaksanakan. Sistem sedia ada masih boleh dinaiktaraf dan mengintegrasikan rangkaian CCCTV yang dipasang oleh pihak PDRM di Cyberjaya. Secara teorinya proses menyaman kesalahan lalulintas dan pencegahan jenayah juga boleh dilakukan dengan lebih pintar di masa hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sistem Kawalan Trafik Peranti Berhubung Cyberjaya Mengurangkan Kesesakan Trafik Sehingga 65 Peratus

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×