Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy Tab A (2016) Dengan Sokongan S-Pen Tertiris

Samsung mempunyai tablet dengan S-Pen beberapa tahun lepas, dinamakan sebagai Galaxy Note 8.0 – dimana ia Membawakan Skrin Bersaiz 8-inci, dan memberikan kemudahan untuk lakaran dan mencatat nota melalui S-Pen. Namun, ia tidak dikemaskini dengan versi baru sejak ia diperkenalkan.

Kini, setelah sekian lama, nampaknya Samsung akan hadir dengan satu lagi tablet baru yang dilengkapi dengan S-Pen, tetapi kali ini menggunakan nama Galaxy Tab A (2016).

Tablet baru ini akan membawakan skrin bersaiz 10.1-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 7870, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Seperti pada Galaxy Note 7, tablet ini turut akan menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Samsung turut dijangka akan menyertakan S-Pen yang sama seperti pada Galaxy Note 7, sekaligus menawarkan pelbagai sokongan catatan dan lakaran seperti terdapat pada phablet berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkannya secara rasmi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy Tab A (2016) Dengan Sokongan S-Pen Tertiris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×