Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Photos Untuk iOS Kini Mengintegrasikan Fungsi Suntingan Live Photos

Live Photos ialah fungsi unik kamera yang diperkenalkan pada iPhone 6S dan 6S Plus. Video pendek dirakam sebelum dan selepas butang kamera dipetik. Fungsi seakan HTC Zoe ini malangnya hanya boleh dilihat pada peranti iOS. Sekiranya ingin berkongsi Live Photos dengan pengguna platform lain mereka perlu menggunakan aplikasi Motion Stills yang dibangunkan Google.

Google Photos versi 2.0 untuk iOS Kini Mengintegrasikan Fungsi suntingan Live Photos di dalam aplikasi. Fungsi yang dahulunya wujud pada Motion Stills kini boleh dilakukan tanpa perlu memuat turun aplikasi kedua. Gambar Live Photos boleh dikongsikan dalam bentuk video ataupun GIF beranimasi dengan mudah. Terdapat juga fungsi muat naik terus ke YouTube. Ia boleh dimuat turun sekarang.

Muat turun Google Photos 2.0 versi iOS dari App Store



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Photos Untuk iOS Kini Mengintegrasikan Fungsi Suntingan Live Photos

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×