Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Galaxy J Ditawarkan Sebagai Peranti Pinjaman Kepada Pengguna Note 7 Di Amerika

Program gantian Peranti Note 7 dilakukan secara global. Dengan 2.5 Juta peranti akan ditarik semula dari pasaran, Samsung menghadapi masalah untuk menghasilkan peranti baru. Oleh itu program gantian akan dilakukan secara berkala mengikut pasaran. Di Malaysia ia hanya akan bermula 29 September hadapan. Kepada pemilik phablet ini mereka tiada pilihan selain menanti dan menggunakan peranti lama sekiranya tidak mahu mengambil risiko.

Di Amerika Syarikat Samsung Galaxy J ditawarkan Sebagai Peranti Pinjaman sementara menanti model gantian diberikan. Terdapat juga tawaran kedua dimana mereka boleh memulangkan Note 7 dan menerima Galaxy S7/S7 Edge sebagai model gantian secara serta merta. Pihak Samsung akan memulangkan semula perbezaan harga serta kos pembelian aksesori peranti kepada mereka. Sekiranya anda di dalam situasi yang sama pilihan yang manakah yang lebih menarik bagi anda?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Galaxy J Ditawarkan Sebagai Peranti Pinjaman Kepada Pengguna Note 7 Di Amerika

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×