Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Mungkin Kerugian $1 Billion Akibat Pemulangan Semula Galaxy Note 7

Masalah bateri yang Mungkin boleh meletup dikatakan melanda 1 dalam 24 peranti Galaxy Note 7 yang sudahpun dijual. Setakat ini 2.5 Juta phablet ini telah terjual dan Samsung mengambil langkah drastik meminta pelanggan memulangkannya kepada mereka atas sebab keselamatan. Menurut laporan Bloomberg, Samsung mungkin akan menanggung kerugian mencecah $1 Billion (~RM 4.1 Billion) akibat masalah bateri ini.

Angka ini mungkin nampak besar tetapi tahun ini Samsung masih diramalkan akan mencatatkan keuntungan sekitar $21 Billion. Penarikan semula Galaxy Note 7 ini dilihat lebih selamat dari kebarangkalian disaman kerana kerosakan yang diakibatkan oleh peranti yang meletup. Setakat ini 35 kes peranti meletup sudah dilaporkan di seleruh dunia. Di Malaysia masih tiada kes dilaporkan kerana Note 7 hanya dijual kepada mereka yang melakukan pra-tempahan sahaja.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Mungkin Kerugian $1 Billion Akibat Pemulangan Semula Galaxy Note 7

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×