Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kadar Zakat Fitrah 2009 1430H

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) .

kadar Zakat RM5 - RM8

Apabila di sebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun 2009 / 1430H adalah seperti beikut :

Kuala Lumpur : RM 7.00
Labuan : RM 7.00
Putrajaya : RM 7.00
Johor : RM 5.00 / RM 7.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : Belum diumumkan (2008 : RM 7.60)
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.00
Perak : RM7.00
Perlis : RM 6.00
P.Pinang : RM 7.00
Sabah : RM 6.60
Sarawak : RM 6.00
Selangor : RM 7.00
Terengganu : RM 5.00 / RM7.00 / RM8.00

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka Zakat Fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : Blog Zakat dan BERNAMA

Technorati Tags: zakat, zakat fitrah, kadar zakat, ramadhan, puasa, agama, islam


This post first appeared on Nukilan Jejari Azhad, please read the originial post: here

Share the post

Kadar Zakat Fitrah 2009 1430H

×

Subscribe to Nukilan Jejari Azhad

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×