Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fesyen Terkini TopShop

Hujung Minggu Bersama Topshop


Topshop bukanlah sebuah jenama yang asing dikalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah di Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan. 

Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk anda yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’.



Bagi anda yang berani tampil lain daripada yang lain, jadikan hujung minggu ini sebagai platform anda bereksperimen dengan koleksi jumpsuit Topshop yang trendy seperti berikut.





Atau jika anda tidak mahu kelihatan terlalu menonjol, gayakan koleksi t-shirt dan blouse Topshop yang cukup ringkas serta boleh anda padankan dengan pemakaian jeans, harem pants mahupun legging yang selesa. Ready for slack Saturday girls!





Dan untuk gadis yang bertumbuh langsing dan petite, temui koleksi pakaian petite Topshop yang juga boleh ditemui dalam pelbagai pilihan dan harga yang cukup menakjubkan. Jom berhujung minggu bersama TOPSHOP Online!





This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Fesyen Terkini TopShop

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×