Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa Aktiviti Masa Perintah Duduk Dalam Rumah Ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama sangat rasanya noe tak kemas kini blog ni. Nak cari masa untuk update blog tu yg susah. Ada je benda yang lebih penting yang nak dibuat. Maka berlumut la blog ini.

Sekarang mesti masing-masing melepak dalam rumah. Noe dah mula kerja dari rumah sejak hari selasa minggu lepas. Hari ini masih kerja dari rumah. Esok kena pergi office.. 3 hari kena pergi office minggu ni. Kena mengadap sekatan jalan raya la kalau ada. Nasib baik HR dah keluar kan surat.. jadi tak perlu la rasa takut kalau nak menjawab. Dah terpaksa pergi office. Redho je la. Ikutkan hati lagi suka kerja dari rumah. Jimat masa dan minyak. Sambil tu boleh juga setel benda yang patut di rumah tu. Lagi pun bila berada di luar.. takut juga..dengan virus yang melanda seluruh dunia sekarang ni. Moga Allah S.W.T melindungi kita semua. 

Kalau tengok media sosial sekarang ini.. masing-masing berkongsi aktiviti yang mereka lakukan di rumah. Ada yang kongsi makanan, ada yang bermain-main ngan anak-anak, ada yang ulang-alik ke dapur.. makan.. ada yang makan tidur makan tidur hihi...ada yang kongsi gambar pintu ais yang dah tercabut...anak-anak sepuluh kali sekejap buka tutup peti ais.. ada yang main mainan anak...ada yang mengemas rumah..buang mana yang dah tak diperlukan...yang pasti..pasti ramai yang mengadap phone.. update status di media social..ada yang mengadap TV...ulang balik tengok drama korea... tak kisah apa yang kita semua lakukan… yang pasti kita DUDUK DI DALAM RUMAH #STAYATHOME. Ikut arahan yang telah diberikan supaya rantaian virus dapat diputuskan dan tiada jangkitan baru.

Ada juga WhatsApp group yang buat bacaan Alquran masa kuarantin ni. Ada 2/3 WhatsApp group noe yang buat. Ada yang buat ikut juzuk. Ada yang buat ikut mukasurat. Bagus juga..perbanyakkan bacaan Al-Quran..perbanyakkan amalan sunat. Solat jemaah bersama-sama anak-anak. Kenapa kita boleh mengadap phone atau  TV berjam2 lamanya? Ambil separuh dari masa mengadap phone tu untuk buat amal ibadat. Moga dengan amalan itu dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti. InsyaAllah.

Tanaman Yang Tak Seberapa
Bagi noe pula.. ini la masa untuk mengadap pokok-pokok yang tak seberapa ni. Repair apa yang patut. Pagi-pagi dah keluar mengadap pokok-pokok ni. Petang kang sekali lagi mengadap. Harap pokok-pokok ini segar la semuanya. Alhamdulillah setakat ini dah merasa makan hasil dari tanaman ni. Buah peria pun dah banyak kali la menggoreng dan buat ulam. Pegaga dan bayam brazil...selain ulam..masuk juga dalam mee/bihun goreng. Pokok kunyit, serai, daun kesum, daun kaduk...cili api..semua dah merasa hasilnya. Tunggu pokok terung plak.. yang baru mengeluarkan bunga. Mesti ramai yang buat benda yang sama macam noe. 

Terung baru nak berbunga

Tuaian Peria pagi tadi

Apa-apa pun kita semua berharap agar situasi ini dapat berakhir dengan secepat mungkin. Sama-sama kita berdoa. 

#STAYATHOME
#COVID19
#SILAPATUHIARAHAN


This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Apa Aktiviti Masa Perintah Duduk Dalam Rumah Ni?

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×