Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nasi Lemak Ikan Sembilang Di Beranang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada kawan-kawan yang pernah makan Nasi Lemak Ikan Sembilang? Nasi lemak ni antara nasi lemak kesukaan noe. Hanya boleh didapati di Pekan Beranang, Selangor dekat2 dah dengan Negeri Sembilan. Tempat lain noe tak pasti la.. setakat ni noe jumpa di tempat ini jer.

Minggu lepas noe berkesempatan untuk jejak ke sini. Masa pergi tu...sepanjang jalan hujan renyai-renyai jer.. gunung-ganang dilitupi dengan kabus ... sejuk dan aman damai rasanya. Sedamai hati nak menelan nasi lemak.. hihi.


Kabus Menyelubungi Gunung Ganang

Kedai ni betul-betul dalam Pekan Beranang.. pekan ni pun kecil jer...kedai betul2 di simpang jalan nak masuk ke Kuala Klawang. Ada dua tiga kedai kat sini tapi semua kedai ada jual Nasi Lemak Ikan Sembilang ni. Noe biasa singgah kedai yang ada jual roti canai. Kedai ni kalau datang hari minggu memang ramai yang datang.. pelbagai bangsa..geng2 basikal atau motor pun ramai yang singgah. 

Masa noe pergi tu waktu orang bekerja...maka tak ada la ramai. Sampai je terus ambil Nasi Lemak yang bawah ni. Nasi Lemak Ikan Sembilang masak sambal. Timun..telur tak ado yo... mamat peneman noe ni plak ambil kuih muih... noe suruh juga order roti canai. Nampak beno pelahap nya. Sekejap je noe selesai kan nasi lemak ni. Siap tanya mamat peneman noe tu.. ada tak Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Lemak... 


Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Pedas

Mamat peneman noe tu.. pergi la ambil pulut bersama Ikan Sembilang Masak Lemak..lepas tu ada Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Lemak... special request.. bungkus dalam daun pisang juga... yang sedapnya Masak Lemak tu penuh dengan bunga kantan... faveret mamat tu...tapi memang sedap... tak pernah plak noe masak lemak letak bunga kantan... lepas ni boleh cuba...nasi lemak ni pun cepat je habis nya... licin...lapo.. hujan masih renyai2.. cuaca yang amat sesuai untuk makan dan makan..dan makan...

Nasi Lemak Ikan Sembilang Masak Lemak

Perut ni macam ada bela hantu raya.. lapo lagi walaupun 2 bungkus nasi lemak dah wassalam. Maka makan pula roti canai.. pun sedap juga.. roti canai melayu tak sama mcm roti canai mamak. Roti Canai kat kedai ni... jauh lebih sedap... licin juga akhir nya... fuhhh baru ada rasa puas hati makan...

Lepas tu bungkus pula Nasi Lemak tu .. 2 bungkus. Kira2 semua tak sampai pun RM 13 .. murah ..noe order nescafe panas .. mamat tu kopi o panas.. puas hati walaupun agak jauh dari rumah.

Roti Canai
Fikir makan je la kerja kau noe..
 


This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Nasi Lemak Ikan Sembilang Di Beranang

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×