Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Berbuka Puasa Di Masjid Kajang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan Ramadhan tahun ini noe tinggal berdua jer dengan Bob memandangkan putera dan puteri noe dua2 tinggal di asrama.. Maka Bob bercadang untuk berbuka puasa di Masjid Kajang dan ini merupakan kali pertama noe dan bob berbuka puasa di masjid.

Meriah rupanya berbuka puasa di Masjid ni. Ramai jer yang berbuka di Masjid. Ada juga yang bawa bekalan dan makanan sendiri. Pukul 7 petang dah ramai orang. Pihak masjid ada menyediakan kerusi meja untuk bahagian lelaki dan perempuan tapi kerusi meja tersebut masih tidak mencukupi. Siapa yang datang awal, boleh la duduk di meja tapi noe biasanya sampai lewat, memang tak merasa la duduk di meja. 

Pihak masjid juga ada menyediakan tikar untuk yang duduk di bawah tapi tak payah bertikar pun tak apa. Bersih je lantai masjid tu. Noe la yang biasa duduk tak ada tikar tu. Gambar bawah ini adalah suasana sementara menunggu waktu berbuka.

Suasana Di Masjid Kajang
Bila sampai je masjid terus ambil makanan. Biasanya untuk berbuka, menu yang wajib ada mesti bubur lambuk, kurma dan air teh O panas. Ini menu pertama sebelum solat maghrib. Menu di bawah ini..menu semalam.  Ada bubur lambuk, kuih karipap, puding, kurma dan air. Kuih ini berubah mengikut hari. Makan ini pun dah kenyang. Lepas habis makan, terus solat maghrib dulu.                  

Menu Berbuka
Selepas habis solat Maghrib, baru disediakan makan berat. Nasi la apa lagi. Semalam ada lauk udang besar 2 ekor masak pedas, kari telur, sayur dan tembikai. Ini baru nasi putih. Sebelum ini nasi beriani jer. Nak dapat makanan ini kena la beratur. Tapi biasanya kalau noe, Bob yang tolong ambilkan. Setengah masjid mungkin dah di bungkus awal-awal. Kat masjid kajang ini tak buat macam tu.  So kena beratur la...tapi makanan memang cukup sangat. Nasi pun banyak sangat diberi nya. Kalau ayam tu..berketul2 bagi nya. Kalau tak kenyang tak tau la.                  


Menu Berbuka

Selepas makan menu berat tu...bersiap sedia untuk Solat Isyak dan Solat Terawih. Di masjid ini, Solat Terawih 20 rakaat dan 3 rakaat Solat Witir. Alhamdulillah .. penuh jer Masjid Kajang. Selepas solat ... ada pula menu moreh. Tengok menu moreh di Masjid Kajang kat bawah ini. Dah macam nak raya pun ada. Siap ada ketupat daun palas. Ada roti jala bersama kuah kari ayam, kuih tepung pelita/limas..ada air kotak, air teh dan teh o panas pun ada.. roti jala...ada yang dah dibungkus untuk dibawa balik. Meriah sungguh...sah kenyangnya... Alhamdulillah

Menu Moreh


Bertambah gemuk la bulan Ramadhan ini. Apa yang seronok berbuka di Masjid? Bila dah ada di masjid...kita lebih fokus untuk mengerjakan amal ibadat. Boleh buat solat sunat, solat secara berjemaah, boleh membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak. Suasana juga meriah. Bila berada di rumah ibadat, kita akan automatik untuk lebih fokus untuk mengerja kan amal ibadat. Tambah di Bulan Ramadhan..kita berlumba-lumba untuk menambah saham di akhirat.Sesiapa yang tak pernah berbuka di Masjid..boleh la cuba selepas ini.

Apa-apa pun Selamat Beramal.




This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Berbuka Puasa Di Masjid Kajang

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×