Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini (10.05.2019) genap 13 tahun umur princess sorang ini. Selamat Hari Lahir Adik....moga Allah SWT makbulkan semua impian Adik dan moga Adik terus istiqomah dan menjadi anak yang solehah.
Pelajaran mesti diutamakan dan terus berusaha untuk mencapai impian di dunia dan di akhirat. Bukan impian nak jumpa BTS atau blackpink yer...
Gubahan Coklat Dari Romigift |
Terima kasih buat Romigift untuk gubahan coklat yang cantik dan perkhidmatan yang terbaik. Tahun-tahun hadapan boleh order lagi.
Gambar di ambil oleh Romigift |