Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rumah Makan Cibiuk Kinrara - Masakan Khas Sunda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada Tahun Baru Cina yang lepas (punya la lama cerita ni), noe ada mencuba makan di Rumah Makan Cibiuk di Kinrara. Pada masa tu noe stay di Kinrara Resort, jadi kitaorg mencari restoran di sekitar kawasan tersebut. Setelah tengok review, kami decide untuk pergi ke tempat ini. Ini masakan dari negara jiran tetangga, Indonesia. Masakan Khas Sunda katanya.



Noe pergi malam, masa sampai tu tak ramai orang. Masa masuk tu dah rasa la suasana di negara jiran dengan lagu dan cara pakaian pekerja di situ.  Noe order Nasi Liwet Ayam Kastrol Bakar untuk 2 orang makan. Noe ambil yang ni sebab ramai yang suggest menu ni. Bob pula order Nasi Goreng Kambing. Minuman dah lupa order apa. 




Apa pendapat noe tentang makanan ni??? Nasi liwet tu memang serius sedap. Makan nasi pun dah sedap. Petai bakar tu pun serius sedap. Memang tepat pilihan noe. Sambal tu pun marvelous. Diaorg ada pelbagai jenis sambal tapi noe lupa pula nak ambil gambar. 

Nasi Liwet Ayam Kastrol Bakar
Komen Bob pasal Nasi Goreng Kambing.. Bob cakap biasa je. Mungkin sebab kambing tu kecil2 .. dia ingat ada nampak kambing seketul agaknya...hihihi...tapi Bob suka sangat dengan sambal2 tu .. petai tu pun dia suka....sedap sangat katanya..

Nasi Goreng Kambing


Selepas habis makan...kitaorang order pencuci mulut.. Gambar nya seperti di bawah ini. Namanya Goyobod kut... lupa daaa.. Dalam ni macam2 ada..noe ingat buah nangka jer... sedap juga.

Pencuci Mulut Es Goyobod kut..lupa daaa

Secara keseluruhannya sedap la dan puas hati. Bob cakap nak datang lagi. Nanti cuba cawangan lain pulak. 

Sesiapa yang berminat boleh la jengah ke FB mereka di sini 






This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Rumah Makan Cibiuk Kinrara - Masakan Khas Sunda

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×