Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bila Anak Dah Pandai Bawa Motor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 31 Jan 2017 yang lepas, satu-satunya hero noe, Abg Ali hantar mesej kata bosan dan nak pergi ambil Adik (Aya) di rumah pengasuh. Bila tanya nak ambil dengan apa... jalan kaki ke... Abg Ali cakap nak ambil dengan motor. Terperanjat noe sekejap. Tak pernah noe tengok dia bawa motor. Sebagai pembonceng motor ada la. Bila noe tanya dia tau ke bawa motor...dia cakap dia tau...ntah masa bila dia belajar  bawa motor..tak tau la. Mungkin belajar masa di asrama atau masa di kampung...tak tau. Noe memang tak bagi dia pergi ambil Aya naik motor. Noe call Bob..Bob tanpa berfikir terus cakap...jangan...dia tak bagi Abg Ali ambil Aya..muktamad.

Ali pujuk noe..kata bosan la...duduk rumah jer...sudahnya noe bagi bawa motor tapi dalam kawasan taman sahaja dan dengan syarat pakai helmet. Noe siap membebel...kalau apa-apa berlaku...umi dan bapak yang kena...bukan dia. Tambah dia tak ada lesen lagi....memang risau dibuatnya.

Bila noe dan bob sampai rumah senja tu...tengok motor tak ada...sah Abg Ali yang bawa. Bob dah nak naik angin sebab dia tengok helmet ada...maknanya Abg Ali tak pakai helmet. Tak lama lepas tu dia balik ... dia kata dia pergi surau, Solat Maghrib...noe pun membebel la...sebab dia tak pakai helmet...siap beritahu bapak marah....bapak dia pergi kedai dekat tu pun pakai helmet...itu la anak...ambil mudah bila mak bapak bercakap. 

Bob dah buat keputusan, hujung tahun ni nak suruh dia ambil lesen motor. Hujung bulan 11 baru genap 16 tahun umur Ali. Bob risau Ali bawa motor tak ada lesen. Ikutkan hati noe memang tak kasi langsung dia bawa motor...noe nak dia bawa kereta jer. Bukannya apa...risau dia merempit. Bob cakap..tak kasi pun tak boleh...dia tak nak.. anak dia tak tau bawa motor macam kawan dia. Ada sorang kawan Bob yang tak tau langsung bawa motor. 

Bila tengok kat taman-taman tak pun di kampung-kampung, budak kecil lagi...sekolah rendah... tapi dah berdesup bawa motor....risau tengok nya.

Harap anak-anak kita semua dilindung Allah SWT.

Ali dan sepupu, Najmi



This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Bila Anak Dah Pandai Bawa Motor

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×