Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Guna 20-20-20 Rule Untuk Elak Mata Letih Atau Tekanan Pada Mata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Abaikan tajuk entry yang terlampau panjang tu. Pada entry yang lepas (klik di sini) noe ada bercerita tentang noe menggunakan Eye Glo untuk Mata letih. Noe nak kongsikan di sini satu kaedah yang boleh kita guna untuk mengelakkan mata menjadi letih atau tekanan pada mata

Selepas seharian mengadap komputer, laptop, telefon bimbit, televisyen, tab dan yang sewaktu dengannya, pasti akan ada di kalangan kita yang merasa tanda-tanda seperti di bawah

  • Mata kabur atau penglihatan jadi berganda
  • Mata berair atau kering
  • Mata rasa sakit, letih
  • Mata terasa panas
  • Sakit kepala

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, ini menandakan mata kita mengalami tekanan dan ianya berlaku apabila penggunaan mata yang terlampau lama/kuat dan terlampau fokus pada screen.

Bagi mengelakkan ianya berlaku, elok kita amalkan 20-20-20 Rule. Rule apa ni? Rule ini digunakan untuk merehatkan mata. Apa maksud 20-20-20 tu?

Setiap 20 minit 
Berehat sebentar selama 20 saat 
Dan melihat sesuatu objek yang berjarak 20 kaki

Seelok-eloknya bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan, pergi ambil air ke atau keluar sekejap melihat pemandangan luar ataupun chat sekejap dengan kawan..bukan chat guna phone yer..tapi jangan la lama sangat chat nya. Aktiviti ini akan dapat mengurangkan tekanan pada mata. Elok kita amalkan.

Selamat Mencuba Semua..














This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Guna 20-20-20 Rule Untuk Elak Mata Letih Atau Tekanan Pada Mata

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×