Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Petang semalam semasa pergi makan di kedai, jumpa sekor Kucing ni yang mempunya warna mata yang berbeza. Biasa la noe dan aya...pantang tengok kucing...mesti pegang. Aya siap angkat kucing ni letak atas meja..tengok2 warna mata kucing ni berbeza..sebelah seakan biru dan sebelah lagi kuning. Apa lagi...ambil gambar si comel ni dulu.
Aya apa lagi...dah suruh bawa balik...tapi kucing ni ada tuannya. Menurut tukang kedai ni...adik beradik dia ni ada 4 ekor...2 ekor dah di ambil orang..sekor kena langgar...tinggal la sekor. Tuan dia nak simpan kucing ni. Tinggal sekor ni jer bakanya.
Kucing jenis ini dipanggil "odd-eyed cat" dan ini adalah bentuk Heterochromia. Ianya terjadi akibat dari genetik dan hanya terjadi kepada kucing yang bergenetik warna bulu putih. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal odd-eyed cat ni boleh la search di wikipedia.