Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rumah Abang Terbakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 10 Februari 2017 lepas, rumah abg noe di Ampang telah terbakar. Kejadian berlaku pada awal pagi di mana pada masa tersebut hanya anak buah noe 2 orang sahaja yang berada di rumah. Kakak ipar telah keluar pergi hospital untuk buat medical checkup. Abg dan anak buah lelaki ada urusan di Perak manakala anak buah kembar berada di asrama sekolah.

Pada masa kejadian anak buah noe sedang tidur di tingkat bawah...sedar setelah jiran menjerit memberitahu ada api di tingkat atas. Anak buah yang baru sedar...terus naik ke tingkat atas..dan pada ketika itu api sudah pun marak...kelam kabut turun ke bawah semula...anak buah sempat keluarkan tong gas..matikan suis utama elektrik...dan duit perkahwinan anak buah lelaki...

Tak pasti berapa lama Bomba mengambil masa untuk memadam kebakaran...tapi tingkat atas memang hangus...jiran sebelah rumah juga terima tempiasnya dimana satu bilik terbakar...tinggal sehelai sepinggang...komputer riba anak buah..buku2..kelengkapan hiking anak buah...semua habis...buku-buku kitab dan Alquran yang ditempatkan di tingkat bawah...masih selamat...tapi rumah tersebut memang tidak boleh diduduki. 100% total lost.

Dugaan ... keesokannya abg dan kakak ipar noe membawa rombongan umrah...terpaksa juga pergi sebab tiada pengganti...walaupun hati berat memikirkan keadaan rumah dan hidup seterusnya...namun tanggungjawab harus ditunaikan....hujung bulan ni pula anak buah lelaki noe akan melangsugkan perkahwinan di Kedah...nasib barang hantaran belum beli lagi...kalau tak...mesti hangus sekali...

kawan2, jiran2, rakan-rakan anak2 buah yang terlibat dalam group mendaki banyak membantu ... terima kasih banyak2 kepada semua yang membantu....ada insan mulia yang memberi rumah sementara untuk mereka berteduh..yang berdekatan dengan rumah mereka....ramai yang memberi keperluan lain seperti baju, kain, toto, bantal, peralatan mandian dan sebagainya. Terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian semua hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Semoga Abg, Kak Ipar, Anak-anak buah noe tabah dalam menghadapi dugaan ini. Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan hambaNYA. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
















This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Rumah Abang Terbakar

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×