Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Berjogging Di Taman KLCC Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini cerita pada hari Thaipusam khamis lepas. Cadangan awal nak pergi berjogging di Stadium Kajang jer..tapi bila dah lambat sikit keluar...dan aya pun sibuk nak pergi berjogging ke KL..maka Bob pun memandu ke arah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ingatkan nak arah ke Tasik Perdana seperti biasa...rupanya Bob singgah di Taman KLCC

Sebenarnya noe tak pernah sampai pun di Sini. Biasanya sampai ke kawasan air pancut jer...lagi pun Bob pun malas nak bawa kitaorang ke sini...sebab dia bosan hari-hari ke sini. Tapi hari Khamis lepas boleh pulak bawa kitaorg ke sini....tak plak dia bosan...sempena Thaipusam kut..hihihi..

Ramai juga orang berjogging di sini... Taman ni pun menarik juga...aman je kitaorang berjogging di sini. Tapi kawasan ni tak la sebesar Tasik Perdana tu tapi masih selesa ... trek untuk berjogging pun agak luas. Ada kolam, ada tempat mainan kanak-kanak...budak-budak mesti suka tempat ini. Berpeluh juga la kitaorang berjogging di sini, seperti biasa Bob hanya berjalan..walaupun berjalan tapi peluh banyak juga keluar...

Selepas berjogging, kitaorg merayap ke Kampung Baru mencari sarapan...habis sarapan singgah pula di Hospital Pusrawi melawat abang yang dimasukkan wad di sana. Dah alang-alang berada di kawasan sini...singgah melawat sekejap. Selepas tu baru la balik Kajang. Itu jer episod pada hari Thaipusam. Apa-apa pun...layan je la gambar yang sempat noe snap di Taman KLCC.




Ada Orang Tu Dah Letih..

Air Yang Ditapis Yer..

Berhenti Sekejap..Minum
 

Merengek Ajak Balik..





This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Berjogging Di Taman KLCC Kuala Lumpur

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×