Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Memancing Dan Bersantai Di Kelong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kali ini noe nak cerita tentang pengalaman noe bermalam di Kelong. Apa itu Kelong? Menurut Wikipedia..


Kelong ialah sejenis binaan luar pesisir yang diperbuat daripada bahan kayu, dan boleh dijumpai diperairan Malaysia, Filipina dan Indonesia, di samping sebilangan kecil yang masih wujud sekitar Singapura kesan pembandaran pesat. 
Kelong dibina oleh nelayan terutamanya untuk tujuan perikanan, namun adanya kelong besar yang dijadikan tempat tinggal untuk keluarga nelayan. Kelong dibina tanpa perlunya paku, sebaliknya rotan digunakan untuk mengikat kayu balak dan papan yang menjafi bahan binaan. Kelong biasanya ditemui di perairan cetek, dilabuhkan pada dasar laut sedalam enam meter dengan cerucuk kayu sepanjang 20 meter. Sesetengah kelong tidaklah terpencil sangat kerana dihubungkan dengan darat melalui laluan papan. Ada juga jenis kelong bergerak, dan juga kelompok besar kelong yang membentuk komuniti luar pesisir yang besar.
Bila sebut Kelong mesti automatik orang akan ingat kita kaki pancing...sebab biasanya orang yang pergi memancing jer yang pergi ke Kelong....Noe dan Bob bukan kaki pancing....tapi kawan Bob beria ajak...untuk release tension dan cari ketenangan katanya. Jadi kami pun bersetuju la untuk pergi lagipun ini kali pertama noe nak merasa tinggal di Kelong. Dulu masa arwah uncle (bapa mertua) masih ada...arwah ada plan untuk bawa pergi ke Kelong....tapi hajatnya tidak kesampaian....Allah lebih menyayangi beliau. 
Berbalik pada cerita asal...bila ada peluang macam ini...noe pun teruja Juga untuk pergi dan merasa pengalaman tinggal di Kelong. Kelong yang kawan Bob pilih ini terletak di Telok Gong, Klang namanya Purple Inn Chalet Kelong (contact no ada di gambar bawah sekali) atau juga dikenali sebagai Kelong Suhaimi ...

Kami memulakan perjalanan dalam pukul 4 lebih...Noe dan Bob pergi la ke rumah Man sebab kami plan naik satu kereta jer...noe, bob, kawan bob, Man dan isteri kawan bob, Ina pergi dengan satu kereta sahaja..Manakala Pak Man, Isteri Pak Man, Ida dan anak mereka...Afan yang berumur 7 tahun....naik lagi satu kereta. Hujan lebat sepanjang jalan....bila sampai Klang hujan dah reda...


Sampai di Jeti dalam pukul 5 lebih...bila sampai di sana...ada orang bagi umpan...awal-awal Man dah tempah umpan umpun-umpun (gambar ada di bawah ..)....RM40...mahal gak erk...kali pertama noe tengok umpun-umpun ni... hidup lagi...geli Pun Ada... Man ada order umpan udang juga...tapi tak ada la plak...



tak lama lepas tu.... terus naik bot....angkut semua barang dalam bot...dekat je Kelong ni...ini Kelong macam kat muara je...bukan kat tengah laut tu...kalau di tengah laut...menakutkan juga tu...tapi kalau nak mencuba apa salahnya kan...dalam 5 minit dah sampai kelong yang dituju..





Barang-Barang Yang Nak Di Bawa


Proses Masukkan Barang Dalam Bot


Umpan Umpun-Umpun - Hidup Lagi Masa Ni


Ini Lah Kelong Nya
Ni Macam Promote Jer...

Kelong ini tak ada la besar sangat tapi muat la untuk kitaorang yang 6 orang dewasa dan sorang kanak-kanak ni...Apa kemudahan yang ada di sini?


1. Dalam bilik/ruang tamu - ada bantal, toto dan selimut, TV (siaran rasanya dapat TV9 je kut), DVD player, ada macam tempat untuk karaoke juga, sejadah pun ada. Dalam ruang pun ada kipas..ada plug untuk charge handphone ke....


2. Dapur - ada dapur untuk memasak beserta dengan tong gas la (tak ada tong gas nak masak apa??). Periuk, kuali dan cerek untuk memasak air pun ada. Pinggan, cawan, sudu pun ada juga. Tapi kami bawa pinggan mangkuk, cawan polisterine je.


3. Bilik Air - ada tempat takungan air. Rasanya ini takungan air hujan. lubang tandas pun ada. Air dalam botol2 besar pun ada disediakan. In case dalam takungan besar tu habis.


4. Pangkin - ini tempat melepak..ada kipas dan berlapikkan tikar getah.


5. Kerusi pun ada untuk para pemancing. Ada lagi satu tempat takungan air di bahagian luar. 



Dalam Bilik


Ruang Dalam Bilik


Dapur


Bilik Air


Pintu Dapur
Bila dah sampai sini...masing-masing sibuk mengemas barang la...barang untuk memasak letak di dapur..barang2 basah pun ada...ayam...ikan..tepung..gula..cili yang dah diblend..bawang yang dah siap dipotong...maggi..macam2 lagi la...air mineral satu kotak. Air mineral ini digunakan untuk memasak dan minum. Masak air guna air mineral ini. Bila dah sampai sini...kaum lelaki sibuk dengan alat memancing...minum petang dengan air teh O panas dan roti...tak lama lepas tu Bob buat maggi...atas permintaan man...sekejap je Bob masak maggi...siap ada sayur dan telur lagi...







Apa yang boleh dibuat di sini? Terutama kepada mereka yang tidak memancing .... sape yang minat membaca boleh membawa buku, kalau ramai boleh bawa permainan seperti saidina ke, sahibba ke, chess ke, scrabble ke..tak pun sape yang suka menulis boleh la angkut peralatan untuk menulis......noe plak ada bawa buku tapi tak buka pun....noe hanya menikmati pemandangan sambil bersembang..



Pada hari tu, cuaca memang sangat baik...dapat noe menikmati pemandangan yang indah lautan di kala senja..memang noe nantikan saat ini...Orang yang memancing dah mula memancing....cepat juga dapat ikan...dapat la ikan gelama dan sembilang...

Genset hanya dipasang selepas pukul 6.30 petang...jadi ada la Bro yang datang hidupkan genset tu...maka ada la lampu...boleh la pasang TV...charge handphone dll...



Tangkapan Pertama








Selepas maghrib kitaorg yang perempuan ini dah mula memasak....masak nasi... Ida ada bawa ayam kampung salai ... ida masak lemak cili api. Lepas tu kitaorg masak ikan masak cili api dan goreng telur dadar..bersama dengan teh O panas....makan di kelilingi air laut...memang sedap...


Makan Malam Di Kelong


OK lah...Noe berhenti di sini dulu...nanti bersambung lagi...dah mengantuk...nak tidur...






This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Memancing Dan Bersantai Di Kelong

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×