Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cerita Aku Balik Muor - Siri 18

Tujuh gambar, lapan cerita. Kebanyakannya di Muor, dan ada sebahagiannya bukan di Muor.

Memanjat pokok adalah satu kegiatan yang sangat mengujakan. Meniti dan bersenggayut dari satu cabang ke satu cabang memang sangat mengasyikkan. Saya memanjat dan memetik buah jambu air yang tengah melebat di tepi rumah saya.
Jambu air juga tapi yang berwarna keputihan, di depan Rumah Makcik Saya. Buahnya agak kelat-kelat sedikit. Saya tangkap gambar ini sambil seronok melihat pakcik saya mengopek pokok duit-duit yang melekat di batang pokok jambu itu.

Di Johor yang seronoknya masa kenduri kahwin adalah melihat plaza tol tak berlesen semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki. Itu belum termasuk yang di tangga naik ke atas rumah lagi. Di negeri lain saya tak pasti ada atau tidak ..

Di jejeran motorsikal di tepi jalan di depan rumah makcik saya, saya terjumpa motorsikal lama ini. Kalaulah saya sempat berjumpa tuan punyanya, ingin juga saya bertanya, manalah tahu kalau-kalau dia ada niat untuk menjualkannya... Mesti Muor76 pun berminat ni...

Kebun nanas di sebelah rumah makcik saya. Dah jarang sangat dapat tengok pemandangan seperti ini di kampung saya sekarang. Banyak kebun nanas dah bertukar menjadi kelapa sawit.

Saya merupakan seorang yang tidak makan daging kambing sejak dulu-dudlu lagi. Saya pernah termakan daging kambing semasa zaman saya tinggal di asrama dulu, dan saya termuntah selepas itu. Tapi satu dua tahun ini, entah macamana saya menjadi penggemar daging kambing. Ini gambar sup gear box kambing. Pergh!

Ini pula kenduri kahwin di rumah pakcik saya. Salah satu hidangan utamanya adalah ayam golek. Saja saya meletakkan gambar ini untuk mencukupkan tujuh.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Balasungkawa Kak Dalilah Tamrin / Raden Galoh.

Saya cuma berkesempatan bertemu dan berbual-bual dengan beliau sekali, lebih kurang satu dua tahun lepas. Selepas itu saya cuma sempat berhubung melalui pesanan ringkas dan FB. Hajat kami untuk berjumpa sekali lagi sambil makan-makan di Salero Nagori, Amcorp Mall, PJ, itu tak kesampaian nampaknya. Allah sudah menjemputnya pulang 8.50 pagi, Isnin, 19 Julai 2010 lepas. Semoga roh Allahyarhamuh sentiasa dicucuri rahmat Allah dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen.

Al-Fatehah.

TTFN



This post first appeared on Jowopinter, please read the originial post: here

Share the post

Cerita Aku Balik Muor - Siri 18

×

Subscribe to Jowopinter

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×