30hb November 2005 - 30hb November 2010.
Baru 5 tahun.
Dulu-dulu, kami, budak-budak lelaki kampung yang mencecah umur 5 tahun, belum berapa tahu apa-apa sangat pasal dunia, pasal kehidupan, yang tahu cuma makan, main dan tidur. Masa itulah sudah pandai sikit-sikit main parit, menyakat ayam betina…. Dan bagi yang hiper nakal sudah berani melastik ayam jiran. Setakat bergasak dengan adik-beradik itu biasalah. Tapi budak-budak sekarang, apatah lagi yang duduk di bandar, mungkin sudah lain sedikit agaknya. Dah masuk pra-sekolah, sudah pandai mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer…
Tak kiralah budak-budak dulu atau budak-budak sekarang. Budak di kampung atau budak di bandar. Tapi selalu-selalunya sudah boleh diajak untuk berfikir sedikit-sedikit, dan akalnya juga sudah mula pandai menimbang Mana Yang betul dan mana yang salah.
Itu manusia. Kalau blog? Hmmm....
Baru 5 tahun. Walaupun sudah agak semakin perlahan sejak 1-2 tahun kebelakangan ini tapi saya rasa saya masih mahu untuk terus 'bercerita' lagi. Insha-Allah.
TTFN