Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cerita bukan salah ayam pun...

Hari jumaat suami PM kasi cuti. Maknanya dicampur hari sabtu dan ahad dapatlah tiga hari bercuti. Kamu pun merancanglah mahu balik kampung. Kamu ke mesin ATM, entah macamana sebab kamu tak fokus agaknya, kad ATM kamu ditelan oleh mesin itu. Waktu itu isi di dalam dompet kamu cuma tinggal beberapa RM sahaja.

Tak apalah, ada hikmahnya, kamu Pujuk Hati Kamu. Tak jadi balik kampung, kamu lepak di rumah sajalah. Boleh rehat-rehat, boleh blogging atau berforum, atau menjenguk FB yang sudah bersawang. Masa mahu berinternet itu jugalah kamu perasan jalur lebar kamu sudah kena block, sebab tak bayar bil lagi.

Tak apalah, ada hikmahnya, Kamu Pujuk Hati kamu lagi. Kamu ambil kunci kereta. Mahu ke pekan sekejap. Tiba di satu selekoh ada rasa pelik semacam, macam terlanggar benda keras atau lubang, macam teruk padahal tak adalah pandu laju mana pun. Kamu terus berhenti di tepi jalan, tengok-tengok kamu dapati rim sukan kereta kamu sudah bengkok, macam terkuak sedikit.

Sudah jatuh ditimpa tangga, datang ayam mematuk mata. Aduhhhh!

TTFN



This post first appeared on Jowopinter, please read the originial post: here

Share the post

Cerita bukan salah ayam pun...

×

Subscribe to Jowopinter

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×