Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cerita Tiga Kali Seminggu

Kalau nak bercerita pasal Percaya, Saya Percaya Hantu Kak Limah Balik Rumah itu memang filem yang sangat seronok untuk ditengok. Saya percaya Malaysia memang layak jadi juara di AFF Piala Suzuki 2010 itu, dalam masa yang sama saya percaya Khairul Fahmi itu memang seorang pengawal gawang yang bagus dan saya percaya ada kemunasabahannya kalau K.Rajagopal dapat Datuk dari Sultan Pahang nanti. Saya juga percaya Hanis Zalikha itu memang cantik dan blognya memang agak seronok dibaca. Tak ketinggalan saya juga percaya yang Bik Mama itu seorang yang sangat lucu orangnya.

Itu contoh-contoh apa yang saya mahu percayalah.

Sebenarnya tujuan saya cuma nak cerita yang saya percaya Tiga Kali Seminggu itu memang bagus. Boleh menyuburkan minda jika dinikmati bersungguh-sungguh. Sebelum kamu meneka Tiga Kali Seminggu itu yang bukan-bukan seperti frekuensi berjimak yang ideal bagi suami isteri misalnya; yang saya maksudkan Tiga Kali Seminggu itu adalah buku himpunan 15 buah cerita pendek Dr Faisal Tehrani, yang diterbitkan penghujung 2010 yang lalu. Saya percaya saya bukanlah pengulas buku yang boleh dipercayai, jadi saya tak layak mengupas isi kandungannya. Tapi sebagai pembaca, saya percaya buku ini memang sangat berbaloi untuk dibaca, dihayati dan dicerna. Tidak rugi saya menjadikan buku ini sebagai buku pertama yang saya baca untuk 2011 ini. Cerita-ceritanya dari cerita pertama hingga cerita yang kelima belas berbeza-beza, sarat dengan macam-macam yang tersurat dan tersirat, sesekali menjentik pemikiran, sesekali menggeletek hati, dan sesekali pula mencubit sanubari.

Itu sajalah yang nak saya cerita. Terpulanglah, kamu mahu percaya atau tidak.


TTFN



This post first appeared on Jowopinter, please read the originial post: here

Share the post

Cerita Tiga Kali Seminggu

×

Subscribe to Jowopinter

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×