Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cerita Aku Balik Muor - Siri 19 [Meronggeng di Bandar Maharani]

Cuti Tahun Baru Cina. Bila melintasi tepi Menara Jam, Laman Maharani ini macam terkeliru sekejap. Ini di Dhaka atau di Bandar Maharani ni ekk…?


Stesen minyak ini Lain Dari Yang lain, takkan jumpa di tempat lain punya, cuma di Bandar Maharani saja ada. Kamu carilah sendiri apa yang lain dari yang lainnya itu. Hehehe.


Pawagam Rex ini telah lama berubah Menjadi Kedai Menjual barangan dan perkakasan elektrik. [Muor76, kau sempat tak tengok wayang kat sini dulu? Hehehe]


Pawagam Calthay ini pulak dah berubah menjadi kedai menjual pakaian dan tekstil, kalau tak silap. Sejak bila, tak pasti. [Mungkin Muor76 ada jawapannya… hehehe]


Hotel Embassy. Antara hotel lama di Bandar Maharani. Rasanya macam dah tak beroperasi lagi hotel ini. Dibina semasa pra-merdeka, pada tahun 1956.


Hampir kesemua jejeran bangunan di Bandar Maharani adalah bangunan lama. Rata-ratanya dibina diawal 1900an. Bangunan ini misalnya, dibina pada tahun 1928. Rasanya kalau diaorang lebih kreatif dan lebih berinisiatif sedikit, bandar pencen ini boleh jadi ceria dan lebih bernyawa macam di Jonker Walk itu.


Sudah masuk waktu Maghrib. Jom berhenti sekejap di Masjid Sultan Ibrahim. [Masjid ini dibina tahun 1927]. Ronggeng ronggeng juga, solat jangan sesekali tinggal beb! Ada wifi di satu pojok bersebelahan tempat mengambil wuduk. Sesudah solat bolehlah kalau nak berFB ke apa, hehe....

TTFN


This post first appeared on Jowopinter, please read the originial post: here

Share the post

Cerita Aku Balik Muor - Siri 19 [Meronggeng di Bandar Maharani]

×

Subscribe to Jowopinter

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×