Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cerita Malam Rabu

Kawan saya Yang Seorang Ini sedang mencari idea dan mengatur strategi lain.

Selagi anak lelakinya yang berumur 4 tahun itu belum tidur memang susah dia mahu keluar ke gelanggang. Pernah dibawanya Anaknya Itu sekali. Mengejar anaknya itu keliling gelanggang lebih meletihkan dari mengejar bulu tangkis. Lagipun tak ruggedlah membawa anak ke gelanggang sukan.

Sebelum ini dia pernah memberi anaknya itu minum ubat batuk. Tapi katanya, cara itu tidak boleh diamalkan selalu, tidak bagus untuk kesihatan anaknya itu.

Selepas itu dia mencipta taktik lain pula. Dia memakai kain pelikat di luar tapi seluar sukan di dalam. Konon-kononnya mahu berjemaah di surau. Tapi sekali sahaja taktik itu berjaya. Kali kedua anaknya itu sudah mengesyaki sesuatu. Diselaknya kain ayahnya itu. Kantol di situ juga.

Pernah juga satu malam itu, sesudah dipastikan anaknya itu benar-benar tidur, dia pun cepat-cepat bersalin. Gembira sungguh dia. Tapi sebaik sahaja dia mahu menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba tercongok anaknya itu di depan pintu. Kantol lagi.

Dan malam Rabu baru-baru ini, awal-awal lagi anaknya sudah membawa kesemua alat permainannya ke ruang tamu, kemudian pintu hadapan dibuka luas-luas. Cekap sungguh dia, sambil bermain dia boleh memantau pergerakan ayahnya.

Nampaknya memang susahlah kawan Saya Yang Seorang ini mahu keluar malam ke gelanggang lagi.

ttfn



This post first appeared on Jowopinter, please read the originial post: here

Share the post

Cerita Malam Rabu

×

Subscribe to Jowopinter

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×