Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Autumn In My Heart (Autumn di hatiku)

Tags: korea nina autumn

Google2 gosip tadi (laaagiiii perkara  tak berpekdah aii' buat), terjumpa lak entry pasal ada satu drama yang bakal ditayangkan oleh Media Prima. Tapi TAK ok! TAK disiarkan kat tv2 Media Prima. Kita kena tengok kat tonton.com.my.

Tajuk dia Autumn di hatiku.
Oh no! Bukan ala2 Autumn in my heart yang glamer tu... Autumn yang kali ni adalah nama orang yer... Jejaka Korea wataknyer bernama Park Au Tum (Macam nama cap Thailand jer). Ahakss... Bila kata 'jejaka Korea' tu...memang orang Korea ok!

Jalan cerita macam menarik...lebih2 lagi ada Aiman Hakim Redza! (Ahahahaha...Apsal ada tanda seru tu? Takkan aii' minat kot?)

And kita ada Anas Ridhuan from rancangan MENTOR tu. Cuma yang aii' rasa spoil mood aii'nyer sebab Hanez Suraya yang jadi heroin.

Aiyoooo takder pelakon lain yang lebih cute ker? Nur Fathia ke? Tiz Zakyah ker? Izara Aisyah ker? Hahahha...Aii' lagi rela kalo Lisa Surihani yang 'kaku' tu jadi heroin....hehehe...

OK...ni sinopsis dia:

Media Prima akan bakal menayangkan sebuah drama romantik komedi yang bertajuk AUTUMN DIHATIKU. Dengar tajuknya tentu saja akan mengingatkan peminat kpop dengan drama tahun 2000 iaitu Autumn In My Heart tapi jangan tersalah sangka semua ianya tiada berkait langsung. Semua pengambaran drama dijalankan di Malaysia. Mari kita baca sinopsisnya oke..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya) yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea. Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.

Nah...satu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang  tentu saja menepati segala citarasa impian Nina.  Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.

Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.

Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai  mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja.

Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu? Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?

Semuanya akan terjawab nanti bila drama ini akan disiarkan hanya melalui www.tonton.com.my pada pertengahan bulan Jun ini dengan membawakan sebanyak 20 episode.
(PINK lagi ko aii' buat font ni...ala2 nak feel the lurrvvveeee gitew!)


Teruja tak tengok gambar ni? Hohoho...
P/S: Harap ceritanyer pon best la nanti...


This post first appeared on ThiS IS MY WORLd~, please read the originial post: here

Share the post

Autumn In My Heart (Autumn di hatiku)

×

Subscribe to This Is My World~

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×