Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penggunaan Blog Mungkin Akan Disekat

Tags: atau
Edisi: aku dah bengang

Dunia tahu sekarang ini sedang berlaku pergolakan yang belum berkesudahan diantara kerajaan China dan Google. Semuanya gara-gara penyalahgunaan Gmail oleh rakyat China. Disebabkan oleh tindakan kerajaan China, Google bercadang untuk menghentikan perkhidmatannya di China.

China juga telah pun menyekat penggunaan Facebook dan Twitter di negara itu, semuanya bertujuan untuk mengelakkan penentangan dikalangan rakyatnya dengan menggunakan media yang berasaskan internet. Begitu tegasnya negara China menangani masalah yang dianggap penyalahgunaan internet.

Bagaimana dengan negara kita?...
Meskipun kerajaan pernah berjanji tidak akan menutup, mengetat atau menghalang rakyatnya dari menggunakan segala kemudahan yang terdapat di internet, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh melakukannya jika semakin ramai yang berjinak-jinak dengan Facebook bagi mencaci, menghamun, memalukan dan 'menelanjangkan' individu, organisasi, kaum serta agama tertentu. 


Jika kita masih ingat satu ketika dahulu, kita dikejutkan oleh penghinaan terhadap lagu Negaraku melalui youtube dan tindakan diambil. Namun, sebelum itu memang telah  kedengaran cakap-cakap yang negatif terhadap Malaysia oleh rakyatnya sendiri, tetapi tidaklah secara terang-terangan. Namun hari ini segalanya boleh 'dinikmati' dengan mudah samada di laman blog, facebook, twitter atau apa sahaja medium yang terdapat diinternet.

Dari penghinaan terhadap institusi raja, pemimpin, agama dan rasul, segalanya berlaku di laman blog dan facebook. Sewaktu heboh gereja dibakar, begitu banyak blog yang secara 'rakus' dan terang-terangan menghina Islam, Melayu dan Nabi Muhammad yang aku jumpa melalui Nuffnang Innit. Bukannya mereka tidak sedar bahawa hasil penulisan mereka itu akan dapat ditatapi oleh semua bangsa termasuk bangsa yang mereka hina, tetapi apakah motif mereka?

Ada yang  menggunakan kaedah yang digunakan pakai di Indonesia untuk dijadikan contoh (dalam kes penggunaan kalimah Allah) dan 1Malaysia yang dipersalahkan. Namun kaedah satu bangsa, satu bahasa, satu nama, satu sekolah yang digunakan oleh pemerintah Indonesia tidak pula disebut. Bukan sekadar entri mereka yang pedas, malah komen mereka juga menunjukkan yang mereka itu seperti bukan rakyat Malaysia. Adakah mereka ini sememangnya buta dan dungu atau buat-buat buta dan dungu dengan sejarah?. Beraninya mereka ini adakah kerana bangsa Melayu sekarang sudah lemah? sudah tidak mampu untuk berkata-kata? atau kerana mereka beranggapan tiada siapa yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka?

Itu jika perkara tersebut secara langsung melibatkan kerajaan. Bagaimana pula halnya dengan perkara yang melibatkan individu-individu tertentu. Tidak mustahil jika satu hari nanti anak-anak murid atau pelajar mungkin akan menggunakan facebook atau blog untuk menghina guru-guru mereka atau yang lebih serius, ibu bapa mereka. Bayangkan kalau yang dihina atau dimalukan itu adalah kita.. 

Aku yakin walau kerajaan yang mana yang memerintah, sudah tentu tidak mahu sesuatu atau seseorang cuba mencalar keharmonian negara. Tanpa mengira siapa dan kedudukan orang itu, sudah tentu kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya (Aku ambil contoh kes Raja Petra dan Aduka Taruna). Namun jika perkara ini semakin berterusan atau berleluasa, apakah alternatif lain yang akan diambil oleh kerajaan?

Pada aku hanya ada satu cara sahaja yang mungkin diambil iaitu tutup, halang atau sekat sahaja mana-mana platform yang diguna sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan China. Ini tidak mustahil boleh berlaku, jika kita masih berterusan menggunakan medium ini untuk perkara-perkara yang sensitif. Bayangkan jika ia benar-benar berlaku..

Tiada lagi buat duit melalui blog atau tiada lagi klik-klik Nuffnang. Aku percaya orang yang paling terasa kesannya ialah orang yang bergantung pada blog atau yang sealiran dengannya untuk sumber pendapatan.

Jadi, apa yang boleh kita sumbangkan bagi mengelakkan perkara negatif ini dari berterusan? Adakah kita perlu membuat laporan polis setiap kali kita menemui blog atau facebook yang menulis tentang perkara yang sensitif? Membalas dengan dengan menggunakan medium yang sama? Atau kita hanya membaca dan ketawa sinis?

Renung-renungkan.

*Nota
Entri ini dibuat mengikut pandangan dan pendapat aku tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau cuba untuk mempengaruhi mana-mana pihak atau invidu.


This post first appeared on Cuiit{dot}blogspot, please read the originial post: here

Share the post

Penggunaan Blog Mungkin Akan Disekat

×

Subscribe to Cuiit{dot}blogspot

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×