Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

.kiblah baru?

Selamat siang semua.

Sejak insaf dan bersara dari arena lucah melucah ni, aku semakin dekatkan diri dengan tuhan.

Mungkin dah sampai seru. Mungkin lah.

Irama muzik pun dah bertukar ke arah yang lebih Islamik, misalnya melayan lagu-lagu berunsur nasyid kontemporari macam boyband Saujana dan jika jiwa lebih ke kegemaran gadis-gadis semasa, melayan lagu Maher Zain Insyallah versi Melayu yang nyanyi huruf dal tukar jadi dhot. Ada jalan jadi adha jalan tu masalah yang sangat serious okay.

Dan sekarang aku di Penang, ada site visit pegi loji rawatan air taik di sini. Boleh tahan juga sisa kumbahan yang keluar dari bontot orang Penang ni, macam-macam warna macam-macam bau. Aku syak ini terjadi akibat dari industri makanan Penang yang pelbagai rasa.

Orang sini memang hebat memasak. Aku respek!

Jadi akibat dari bajet yang kedekut dari dekan fakulti aku, kami terpaksa tidur di hostel Uitm.

Pagi tadi sebelum memulakan aktiviti aku solat subuh dahulu. Biasanya subuh ialah waktu yang paling selalu aku miss. Jenis manusia tido mati macam aku ni memang payah sikit nak bangun.

Lepas berwudhu', aku bentang sejadah. Aku niat solat dan mengangkat takbiratul ihram.

Sedang aku khusyuk membaca Al-Fatihah, kawan aku cuit bahu aku dan berkata,

"Kiblat sekarang dah tukar ke Australia ye? Aku baru tau"

Sarkastik.

Perlahan-lahan aku toleh ke belakang menghadap dia dan senyum kelat.

Merah muka aku masa nak betulkan arah kiblat aku ke arah Masjidil Haram.

Bukan salah aku woi, sapa suruh tak tunjuk arrow arah kiblat tipikal hotel dalam bilik tu?!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



This post first appeared on Refjour, please read the originial post: here

Share the post

.kiblah baru?

×

Subscribe to Refjour

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×