Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa yang lu buat selain blogging?

Blogging merupakan aktiviti yang memakan banyak masa. Post entri pun kadang-kadang boleh ambil masa berjam-jam akibat buntu mencari idea. Gua boleh bertahan duduk depan laptop surfing internet sekitar 12 jam sehari. Gua tahu ini gaya hidup yang kurang sihat, tapi selain berblog dan melayari internet, tidak banyak aktiviti yang gua boleh lakukan.

Nah, sedikit aktiviti gua bagi mengisi baki 12jam masa gua setiap hari:

a) Game Komputer: Asal balik cuti sem, gua dan rakan-rakan gua akan berkumpul di kedai Cyber untuk mencari lawan dalam game DOTA... Boleh dikatakan team gua adalah team Melayu terkuat di daerah ni. Apa tidaknya, belum ada lagi team Melayu yang lain dapat mengalahkan team gua:D


b) Tengok Tv: 'Macam-macam ada' dalam Astro. Gua selalu layan Discovery dan National Geography. Antara rancangan fav gua seperti Man vs Wild, Mythbuster,The Colony dan Great Migration. Semua pun rancangan geek, tapi gua bukan jenis makhluk yang skema. Gua layan jugak movie, sports dan drama-drama Indon.hehe



c) Bersukan: Zaman persekolahan, gua merupakan jaguh dalam beberapa kategori sukan seperti rugby, hoki, bolasepak, chess dan jaguh lari dalam guni. Tapi itu dulu, sekarang gua berkecimpung dalam sukan renang acara kuak lentang gaya bebas atas katil.hehe. Lagipun 6 pack gua dah jadi 1 pack. Memang sudah sampai masanya gua bersara dari arena sukan.


d) Makan + Tidur: Dua aktiviti ini bagai aur dengan tebing. Selepas habis makan, gua pasti mengantuk dan terus melompat ke atas katil melakukan aksi kuak lentang.hehe .Dengan kadar metabolisme gua yang tinggi, obesiti dijamin tidak akan berlaku.

Gua dah cerita sedikit aktiviti seharian gua, bagaimana dengan lu orang? KDMCJQKUEV8K


This post first appeared on Blog | Boonto, please read the originial post: here

Share the post

Apa yang lu buat selain blogging?

×

Subscribe to Blog | Boonto

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×