Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa Itu Kentut Vagina dan Angin Faraj dan Cara Mengatasi

Vaginal flatulence atau lebih dikenali Kentut Vagina ataupun Faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut.

Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti.

Jikalau kentut itu berbau yakni tidak berbau maka kemungkinan besar faraj tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.

APAKAH PUNCA KENTUT VAGINA ATAU ANGIN FARAJ ?

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami:


  •  Kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak atau selepas bersalin
  • Mengalami masalah jatuh peranakan
  • Tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas)
  • Mengamalkan hubungan seks yang melampau



APAKAH KEBURUKAN KENTUT VAGINA ATAU ANGIN FARAJ ?

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya faraj  longgar. Bila bersama suami, dah tak grip atau tak mencengkam. Masa baru kahwin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. Jadi mulalah masalah kedinginan dalam hubungan intim. Suami buat apapun, si isteri seperti tidak nafsu. Siap sound si suami “cepatlah sikit habisnya bang. Sy dah tak larat dah ni”. Ini jadinya tahap klimaks bersama suami semakin rendah

Mungkin dari luaran lepas dijahit jahitan bersalin boleh nampak cantik. Tapi tak akan mampu kali menipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus.Ia juga boleh menyebabkan masalah kekeringan faraj

Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya.


APAKAH HUKUM  KENTUT VAGINA ATAU ANGIN FARAJ SEMASA SOLAT DI DALAM ISLAM ?

Hukum wanita yang mengeluarkan angin/kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut:

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang bersabda: “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
(Hadis Muslim dan Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut:

  • Berdehem selepas membuang air kecil.
  • Membasuh kemaluan dengan sempurna.
  • Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
  • Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

PETUA MENGATASI MASALAH KENTUT VAGINA ATAU ANGIN FARAJ

Kentut vagina boleh diatasi dengan;

Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
 

JANGAN sesekali anda menyembur air paip ke dalam kemaluan.Mungkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan bahagian dalam kemaluan anda..TAPI anda SILAP!!! sebenarnya anda telah membuka ruang udara dlm kemaluan anda! ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya “kentut Vagina”.
 

Elakkan makanan sejuk dan berair. makanan sejuk beku, tembikai, ais
 

Mengamalkan senaman kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit dan melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. 

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku

Anda boleh praktikkan senaman ini pada bila-bila masa. Caranya mudah sahaja:

  1. Tahan nafas.
  2. Tanpa kecutkan otot perut, kemutkan faraj seperti sedang menahan kencing.
  3. Kira sampai 10.
  4. Lepaskan seperti biasa.
  5. Ulang 25 kali setiap sesi, buat 3 sesi sehari.

Mencuci dan membersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab dan juga amalkan pemakaian pantyliner kerana semua ini dapat mengelakkan jangkitan mikroorganisma.

Kentut jenis ini masih dianggap normal walaupun ramai yang beranggapan kentut vagina hanya berlaku kepada sesiapa yang sudah kehilangan dara. Hal ini demikian kerana, pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika apa aktiviti sekali pun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam faraj jikalau dinding dan saluran faraj berkenaan tidak begitu kuat. Justeru itu, janganlah anda beranggapan mereka yang mengalami kentut vagina ini sudah kehilangan dara kerana seperti organisma yang lain, setiap sedutan pasti akan ada hembusan.


This post first appeared on Hubungan Intim Suami Isteri, please read the originial post: here

Share the post

Apa Itu Kentut Vagina dan Angin Faraj dan Cara Mengatasi

×

Subscribe to Hubungan Intim Suami Isteri

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×